Monday, 12 March 2012

PERKEMBANGAN PRODUK

          Internet, saudara-mara, rakan-rakan dan poster/iklan merupakan rangkaian pemasaran saya. Sambutan amat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama. Bersyukur kerana permintaan keropok lekor bertambah dari hari ke hari. Bilangan pekerja saya semakin bertambah sehinggakan ada yang ingin bekerja sambilan walaupun masih belajar. Teknologi yang saya gunakan ialah 50% menggunakan mesin dan 50% menggunakan tenaga manusia dan kaedah tradisional kerana menggunakan meja buluh untuk menyejukkan kerepok lekor. Cabaran yang saya hadapi ialah saya agak sukar untuk mendapat pekerja yang jujur, amanah serta menepati waktu. Produk saya mempunyai potensi yang amat tinggi untuk berkembang maju memandangkan Port Dickson merupakan kawasan pelancongan. Pada masa hadapan, saya akan menggunakan 100% mesin dan akan membuka cawangan-cawangan lain.
KAEDAH/CARA PENGHASILAN

Tenaga kerja yang digunakan ialah seramai 5 orang sahaja.  
 BAHAN-BAHAN
1-  Ikan segar
2- Tepung kanji/ Tepung sagu
3- Garam 
4- Air
5-MSG
PERALATAN :  
1- mesin ikan
2-Mesin menggaul isi ikan dan tepung kanji sebelum diuli
KEROPOK  
Lekor       - 300g        = 16cm
  
Losong     - 100g        = 12cm 
KAWALAN MUTU :  
menggunakan ikan yang segar dan peralatan yang bersih untuk menghasilkan keropok lekor/losong yang lazat dan brkhasiat.Sentiasa memastikan tmpat kerja bersih dan selesa untuk para pekerja saya kerja.
CARA-CARA  :  
Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan yang segar sambil dibubuh garam. Uli untuk jadikan 
doh yang kenyal . Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah cuka kerepok (sos lada). Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali   MSG boleh ditambah bagi menyedapkan lagi.

   GAMBAR-GAMBAR PEMPROSESAN

 

Sunday, 11 March 2012

SEJARAH PENUBUHAN


          Kedai Keropok 1 Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 8 Januari 2012. Dikendalikan oleh Al-Samak Enterprise. Diasaskan oleh Mohd Nazmi B. Awang Besar. Kedai Keropok 1 Malaysia terletak di pekan Port Dickson.  Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula pada 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Saya memilih tema Keropok 1 Malaysia kerana bersesuaian dengan lapisan masyarakat di Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib b. Tun Abd Razak.
          Saya memulakan perniagaan saya sebanyak RM50,000.00. Tujuan saya membuka kedai Keropok 1 Malaysia ialah berniaga merupakan tuntutan fardhu kifayah kerana menyediakan makanan kepada masyarakat. Tenaga kerja yang digunakan hanya seramai 5 orang. Internet, rakan-rakan, sedara-mara dan poster/iklan merupakan rangkaian pemasaran saya. Alhamdulillah. Kedai Keropok 1 Malaysia mendapat sambutan yang amat membanggakan daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.