SEJARAH PENUBUHAN
Kedai Keropok 1 Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 8 Januari 2012. Dikendalikan oleh Al-Samak Enterprise. Diasaskan oleh Mohd Nazmi B. Awang Besar. Kedai Keropok 1 Malaysia terletak di pekan Port Dickson. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula pada 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Saya memilih tema Keropok 1 Malaysia kerana bersesuaian dengan lapisan masyarakat di Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib b. Tun Abd Razak.
Saya memulakan perniagaan saya sebanyak RM50,000.00. Tujuan saya membuka kedai Keropok 1 Malaysia ialah berniaga merupakan tuntutan fardhu kifayah kerana menyediakan makanan kepada masyarakat. Tenaga kerja yang digunakan hanya seramai 5 orang. Internet, rakan-rakan, sedara-mara dan poster/iklan merupakan rangkaian pemasaran saya. Alhamdulillah. Kedai Keropok 1 Malaysia mendapat sambutan yang amat membanggakan daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Saya baru nak memulakan perniagaan di port dickson..harap boleh bagi tips2 yang berguna
ReplyDeletestill ada lagi ke kedai ni
ReplyDelete